Thursday, 28 April 2016

Pengenalan mesin Pencanai (Grinding Machine)

page ini membolehkan anda mengetahui serba sedikit mesin grinding yang biasa digunakan didalam setiap bengkel mekanikal

Mesin Pencanai Meja Dan Kaki


Mesin pencanai meja sesuai dipasang di atas meja atau bangku. Ia lebih baik jika dibandingkan dengan mesin pencanai mudahalih kerana kedua-dua belah tangan pengguna bebas mengawal bendakerja yang dicanai. Biasanya ia dipasangkan dengan roda pencanai kasar dan halus di sebelahnya. Kegunaannya ialah untuk mencanai mata alat kecil, peralatan dan lain-lain.



Mesin Pencanai Meja




Mesin Pencanai kaki

Mesin Pencanai Mudahalih
Mesin pencanai mudahalih biasanya bersaiz kecil dan boleh di bawa ke mana-mana. Ianya dipegang dengan tangan di mana putaran roda pencanai dibantu oleh kuasa elektrik. Mesin ini sesuai digunakan di dalam bengkel kejuteraan atau tempat-tempat tertentu. Apabila bendakerja yang hendak dicanai sangat berat ataupun kita hendak mencanai di ruang yang sempit mesin pencanai mudahalih amat sesuai digunakan.


Mesin Pencanai Mudah Alih

Mesin Pencanai Permukaan (Surface Grinding)
Rajah menunjukkan sejenis mesin pencanai permukaan. Mesin jenis ini digunakan untuk mencanai permukaan yang rata seperti bongkah, kepingan logam, sudut dan lurah supaya dapat menghasilkan ukuran yang jitu dan permukaan yang licin. Bendakerja dipasang pada ragum magnet yang terletak diatas meja. Meja mesin ini boleh melakukan gerakan salingan automatik. Pergerakan meja ialah mengufuk, melintang dan gerakan ke atas dan ke bawah.

Mesin Pencanai Permukaan

Mesin Pencanai Mata Alat Pemotong (Tool & Cutter Grinding)

Mesin pencanai ini digunakan untuk mencanai mata pemotongan alat-alat seperti mata alat pemotong larik, kisar, gear, serta pelulas dan gerudi. Mata alat yang tumpul mudah ditajamkan semula dengan menggunakan mesin jenis ini. Ia juga terdapat berbagai jenis alatan tambahan supaya kerja-kerja yang sesuai dapat dijalankan. Mesin jenis ini amat berguna dibengkel kejuruteraan yang mempunyai banyak mesin pengisar kerana alat-alat pemotong yang tumpul boleh dicanai semula dengan mudah bagi menjimatkan kos operasi.    
Mesin Pencanai Mata Alat Pemotong

Mesin Pencanai Tanpa Tetengah (Centerless Grinding)

Mesin ini digunakan untuk mencanai benda kerja yang berbentuk silinder. Ianya terdiri dari grinding wheel, regulating wheel dan juga work rest blade yang mana berfungsi untuk memotong, memusing dan menahan bendakerja. Bendakerja akan diletakkan atara ketiga-tiga komponen tersebut menyebabkan bendakerja seolah-olah terapung menyebabkan bendakerja yang tidak sekata menjadi sekata setelah dicanai. Kelebihan mesin ini adalah setting bendakerja yang mudah, boleh dioperasikan oleh operator yang tidak berpengalaman, mampu menghasilkan banyak produk dalam masa yang singkat serta mampu mencanai bendakerja berdiameter kecil yang panjang. Selain itu terdapat juga operasi kekemasan terakhir seperti proses lelas (honing), proses tindih (Lapping), proses pengilapan (polishing)
Mesin Pencanai Tanpa Tetengah


6 comments: