PENGENALAN
Mesin pengisar berbeza daripada mesin-mesin lain dari
segi pengunaan mata alat dan cara memegang benda kerja. Jenis mata alat yang
digunakan (mata pengisar) ialah mata alat tunggal atau mata alat berbilang.
Benda kerja pula dipegang oleh pelbagai jenis pemegang atau dipasak terus
kepada meja mesin. Benda kerja
disusupkan dengan menghantar meja kepada mata alat yang sedang berputar.
kedalaman pemotongan pula dibuat dengan menggunakan meja mesin.Mesin pengisar juga dilengkapi dengan pelbagai alat
memegang benda kerja, pemegang mata alat, aksesori dan alatan tambahan. Keadaan
ini membolehkan mesin pengisar Melakukan pelbagai bentuk kerja.
Antara kerja-kerja yang dapat dilakukan oleh mesin
pengisar adalah :
i. Mengisar permukaan rata. ini termasuklah permukaan
mengufuk, tegak dan permukaan bersudut atau condong.
ii. Memotong pelbagai jenis bahu dan alur kunci, lurah T dan
tanggam bajang.
iii. Megisar permukaan berbentuk atau tak berbentuk dengan
menggunakan mata alat pengisar berbentuk.
iv. Mengisar
permukaan yang berjarak sama dengan menggunakan kepala pembahagi contohnya,
lurah-lurah, gear, tap, bongkah segiempat sama dan lain-lain.
v. Membuat
kerja-kerja melubang.
Kerja-kerja
tersebut bergantung kepada:
i.
Jenis
Mesin yang digunakan.
ii.
Mata
alat yang terdapat.
iii.
Alat tambahan atau aksesori yang dibekalkan.
Jenis-jenis
Mesin Kisar
i . Mesin
kisar jenis Pengeluaran (Manufacturing).
Fungsi
utama mesin adalah untuk menghasilkan komponen-komponen atau bahagian-bahagian
yang banyak. Mesin bentuk ini mungkin berbentuk semi-auto atau otomatik
sepenuhnya bagi memudahkan dan mempercepatkan lagi pengendalian kerja serta
mempunyai ketepatan yang tinggi.Jig
diikat kepada meja untuk memegang benda kerja bagi menghasilkan pelabagai
jenis pemotongan, ianya bergantung
kepada jenis mata pemotong atau spindal tertentu digunakan dalam pemotongan
tersebut.Tiga ciri penting mesin ini adalah
kitar otomatik untuk operasi mengisar, pergerakan yang pantas ke posisi mengisar dan penghentian
otomatik spindal bila operasi tamat. Terdapat dua jenis mesin pengeluaran:
a) Jenis portal b) Jenis plano
ii. Mesin Kisar Khas dan CNC
Mesin ini direka-bentuk
untuk melakukan kerja-kerja tertentu
sahaja. Ia adalah
sepenuhnya automatik
dan digunakan dalam menghasilkan produk dalam kuantiti
yang banyak dan
mempunyak bentuk yang sama.:
a . Mesin penghoban gear.
Mesin ini memotong dengan menggunakan alat pemotong yang
dinamakan hob. Hob digunakan untuk memotong alur pada bendakerja.Mesin jenis
ini digunakan untuk memotong gear termasuk gear taji dan gear heliks.
b . Machining
Center.
Mesin kisar jenis ini digunakan untuk operasi mengisar
bendakerja yang lebih besar berbanding mesin kisar CNC jenis biasa. Terdapat
dua jenis mesin ini iaitu jenis ufuk dan
tegak.
c . Mesin penggerek jig (jig borer).
Mesin jenis ini digunakan khusus
untuk melakukan operasi membuat lubang seperti mengerudi, menggerek, melulas
dan counterbore pada kedudukan yang tepat dan jitu.
d. Mesin kisar
CNC
Merupakan mesin kisar terbaru yang terdapat didalam pasaran. Mesin kisar
jenis ini dilengkapi dengan komputer untuk mengawal segala pergerakan mesin. Ianya digunakan secara
meluas di dalam industri pembuatan.
Mesin kisar CNC Mesin
kisar CNC Machining Center
iii. Mesin Kisar Turus dan Berlutut.
Mesin kisar turus dan berlutut dibahagikan kepada tiga jenis iaitu:
a.
Mesin
kisar ufuk.
b.
Mesin
Kisar tegak.
c.
Mesin
Kisar Turret.
1.
Mesin kisar ufuk.
Terdapat
dua jenis mesin kisar ufuk iaitu:
i.
mesin
kisar ufuk biasa.
ii.
Mesin
kisar ufuk Universal.
Kedua-dua mesin mempunyai
bentuk yang serupa dan hanya berbeza dari segi mejanya Sahaja. Meja mesin kisar Universal boleh
dikilas 45° manakala meja mesin kisar jenis biasa berkedudukan tetap. Ini
membolehkan operasi pengisaran lanjutan seperti memotong gear, lurah heliks dan
sebagainya.
2.
Mesin Kisar tegak.
Mesin
kisar tegak mempunyai spindal yang berkedudukan tegak. Mesin jenis ini biasanya
menggunakan jenis matalat pengisar hujung karbida yang dapat melakukan kerja
dengan pantas.
Selain
daripada itu, kerja membuat lubang dapat dilakukan dengan mudah dan lancar.
Kelebihan mesin, ia dapat melakukan kerja melubang dengan lebih jitu terutama
dalam menepatkan jarak pusat lubang.
3. Mesin Kisar
Turret.
Mesin
kisar jenis ini mempunyai bentuk yang serupa dengan mesin kisar tegak tetapi
kepalanya boleh dikilas dan dijongketkan. Ini membolehkan operasi mengisar
sudut danmembuat lubang condong dilakukan dengan mudah. Walaubagaimanapun mesin
ini tidak dapat melakukan operasi yang besar dan berat seperti mesin kisar
tegak.
Bahagian-bahagian
utama Mesin Kisar
a.
Mesin
Kisar Tegak
a.
Mesin
Kisar Ufuk
Peratutan keselamatan dan pencegahan kemalangan semasa
menggunakan mesin kisar.
i.
Pastikan mata alat dan benda kerja diikat dengan ketat
sebelum memulakan kerja.
ii.
Pakai pakaian yang sesuai untuk bekerja kerana semasa
menggunakan mesin, tatal akan berterbangan dan cecair penyejuk memercik.
iii.
Tanggalkan
barang-barang kemas seperti jam tangan, cincin, rantai, gelang dan sebagainya.
iv.
Pakai
kasut keselamatan. Kasut jenis ini akan melindi\ungi kaki apabila sebarang
komponen atau peralatan terjatuh keatas kaki.
v.
Tukar
pakaian kerja yang kotor atau basah kerana terkena cecair penyejuk. Gunakan
krim kulit yang sesuai jika kulit gatal setelah terkena cecair penyejuk.
vi.
Jangan gunakan udara mampat untuk membersihkan tatal.
Gunakan berus kecil apabila mesin telah berhenti.
vii.
Jangan keluarkan tatal ketika mesin sedang beroperasi.
viii.
Gunakan pelindung mata yang baik supaya tatal tidak
termasuk mata. Cuci
pelindung mata selalu dengan sabun dan air supaya sentiasa bersih.
ix.
Pakai
topi untuk mengelakkan rambut daripada
tersangkut pada mata pemotong apabila kepala menghampiri bahagian mesin yang
sedang beroperasi.
x.
Pilih
peralatan yang sesuai untuk setiap mesin. Selepas menggunakannya, simpan pada
tempat yang dikhaskan untuknya.
xi.
Sebelum
menggunakan mata pemotong pastikan saiz dan jenisnya sesuai untuk sesuatu
operasi yang tertentu. Pastikan juga tepi mata pemotong sentiasa tajam sebelum
menggunakannya.
xii.
Gunakan
ppm dan kadar hantaran yang sesuai untuk setiap operasi supaya mata pemotong
tidak cepat rosak dan haus.
xiii.
Jauhkan
diri atau tangan dari mata pemotong supaya tidak terkena bahagian tepi yang
tajam ketika mengukur bendakerja.
xiv.
Gunakan
sarung tangan yang sesuai untuk memegang mata pemotong semasa membuka atau
menanggalkannya. Mata pemotong yang terjatuh akan retak atau merosakkan
permukaan bendakerja
nama mata alat boleh share tak? :) ngan nama mesin detail skit
ReplyDeleteSaya tidak bisa cukup berterima kasih kepada layanan pendanaan lemeridian dan membuat orang tahu betapa bersyukurnya saya atas semua bantuan yang telah Anda dan staf tim Anda berikan dan saya berharap dapat merekomendasikan teman dan keluarga jika mereka membutuhkan saran atau bantuan keuangan @ 1,9% Tarif untuk Pinjaman Bisnis. Hubungi Via:. lfdsloans@lemeridianfds.com / lfdsloans@outlook.com. WhatsApp ... + 19893943740. Terus bekerja dengan baik.
ReplyDeleteTerima kasih, Busarakham.
Tiberr
DeletePale lancau
Deletekaedah mengikat benda kerja pada meja mesin kisar apa ye ?
ReplyDeleteAdaebbb
ReplyDeleteBerapakah maksimum darjah meja mesin pengisar ufuk (horizontal) boleh dikilas? *
ReplyDeleteJumpa dk lagi sharul?
ReplyDeleteNi
ReplyDeleteNi la gila
ReplyDeletejubo
ReplyDeleteTq
ReplyDeletesharul juboo
ReplyDeletehi abrell
ReplyDeletePablo papua
ReplyDelete