Thursday 28 April 2016

Pengenalan Alat pengukuran asas

Page ini akan memberikan sedikit maklumat tentang alat pengukuran asas yang biasa digunakan didalam bengkel mekanikal

ANGKUP VERNIER (VERNIER CALIPER)
Angkup Vernier merupakan alat pengukur jitu dan boleh mengukur dengan tepat sehingga kepada ukuran sama ada 0.05 mm atau 0.02 mm. Alat ini lazimnya digunakan didalam bengkel mesin.Angkup vernier mempunyai dua skala iaiut skala utama dan skala vernier.

BAHAGIAN-BAHAGIAN ANGKUP VERNIER (VERNIER CALIPER)

Badan
Badannya berbentuk seperti sebilah pembaris keluli yang mempunyai sanggatan dalam unit metrik atau inci. Senggatan ini dinamakan skala utama. Panjang badan ini menetukan saiz angkup vernier.

Plat Vervier
Plat vernier mempunyai skala vernier dan boleh digerak-gerakkan disepanjang badan.

Rahang
Rahang terdiri daripada rahang tetap dan rahang gelangsar. Rahang tetap merupakan sebahgian daripada badan yang bengkok, manakala rahang gelangsar merupakan sebahagian daripada  plat vernier yang boleh bergerak bersama-samanya iaitu selari dengan  rahang tetap. Permukaan diantara kedua-dua rahang ini merupakan muka ukuran bagi angkup Vernier. Apabila muka ukuran ini bersentuh, bacaannya ialah sifar dan angka sifar pada skala vernier sejajar dengan angka sifar pada skala tetap.
  
Rusuk
Rusuk berbentuk runcing. Ia terletak disebelah atas.Binaannya hampir sama dengan rahang tetapi iadigunakan untuk mengukur ukuran sebelah dalam.

Skru Pengunci
Skru pengunci digunakan untuk mengunci palt vernier supaya kedudukan ukuran tidak berganjak semasa angkup Vernier dikeluarkan dari bendakerja. Ini dapat mengurangkan kesilapan semasa mengukur.

Penganjak Halus
Ada juga angkup Vernier yang dilengkapkan dengan penganjak halus. Pengapit halus ini hendaklah diketakan terlebih dahulu supaya nat penganjak halus boleh mengawal pelarasan plat.

Bilah Pengukur Dalam
Ini merupakan satu bilah yang kecil, boleh digerakkan keluar atau masuk dalam lurah dibahagian belakang badan apabila rahang dibuka.

Prinsip Skala Vernier 
Skala vernier digunakan untuk membolehkan kita membaca tanpa mengagak-agak sekiranya ukuran itu terletak dianatara dua tanda senggatan pada satu-satu skala. Oleh itu angkup Vernier mestilah:
1.   Mempunyai dua skala iaitu utama dan skala vernier.
2.   Senggatan pada skala utama dibuat  lebih besar daripada skala vernier.
3.   Perbezaan antara skala utama dengan skala vernier merupakan bacaan yang paling
kecil yang boleh dibuat.

MICROMETER
Mikrometer merupakan alat pengukur jitu, lazimnya digunakan dalam bengkel mesin kerana ia dapat mengukur ukuran-ukuran yang paling kecil dengan tepat. Mikrometer boleh didapati dalam unit metrik dan inci. Biasanya ukuran paling kecil yang boleh dibaca oleh mikrometger ialah 1/100 milimeter (0.01 mm). Terdapat juga mikro meter yang dilengkapi dengan skala vernier dan ia boleh memberikan bacaan yang lebih kecil iaitu 1/1000 milimeter (0.001 mm). Mikrometer inci pula boleh membaca sehingga 1/1000 inci (0.001 inci) dan 1/10 000 inci (0.0001 inci).


Bahagian-bahagian Mikrometer
Bingkai (Frame)
Bingkai berbentuk separuh bulatan, mempunyai spindal di bahagian hujung sebelah kanan dan andas disebelah kiri.

Andas (Anvil)
Andas dipasang tetap disebelah kiri bingkai. Bagi setengah-setengah andas, tip tungsten karbida dikimpal loyangkan pada bahagian mukanya supaya tidak cepat haus.

Spindal (Spindle)
Dibahagian hujung sebelah kanan terdapat benang yang boleh berputar dengan bantuan nat yang dilekagtkan pada bidal. Apabila bidal diputar spindal akan bergerak maju dan mundur kepermukaan andas. Bahagian hujung sebelah kiri spindal juga dikimpal loyangkan dengan tip tungsten karbida. Kedua-dua permukaan andas dan spindal merupakan muka ukuran. Ia mestilah rata, bersudut tepat dengan garis pusat spindal dan swelari diantara satu dengan lain.

Laras (Barrel)
Pada bahgian laras terdapat senggatan-senggatan yang dibuat di sebelah menyebelah garisan selari, yang  menjadi datum kepada mikrometer. Bahagian atas disenggaatkan kepada 25 bahgian yang sama, tiap-tiap senggatan bersamaan 1 mm. Biasanya dinomborkanb setiap lima senggatan. Di bahagian bawah pula, senggatan dibuat membahagia dua senggatan bahagian atas, ini bermakna tipa-tiap satu garisan bersamaan 0.5 mm.

Bidal (Thimble)
Muka lilitan bidal disenggatkan kepada 25 bahagian yang sama. Tiap-tiap satu bahagian bersamaan 0.01 mm.

Penganjak Halus (Ratchet)
Terletak dibahagian hujung bidal. Kegunaannya ialah untuk memastikan ketepatan ukuran yang dibuat kerana ia boleh mengawal dan mengelakkan bidal diputar berlebihan. Untuk mendapatkan bacaan yang tepat, tekanan mengukur mestilah tekal dan berdasarkan rasa sentuhan. Rajah menunjukkan lukisan untuk suatu projek. Butir-butir yang terdapat dalam lukisan ini dipindahkan ke atas permukaan bendakerja dalam rajah disebelah. Cuba anda fikirkan apakah alatyang digunakan untuk membuat penandaan itu.

TOLOK TINGGI VERNIER (VERNIER HEIGHT GAUGE)
Vernier height gauge atau Tolok Tinggi Vernier biasanya digunakan untuk kerja merangka dan menanda yang memerlukan pemasangan atau ketepatan tinggi sehingga 0.02 mm atau 0.001 in. Ini bermakna ianya mempunyai ketepatan yang sama dengan angkup vernier. Cara pengambilan ukuran adalah sama dengan angkup vernier.
Bahagian-bahagian Tolok Tinggi  Vernier
Badan (Beam)
Terdapat skala-skala yang sama seperti ‘skala utama’ pada Vernier. Caliper.Unit-unit skala ini adalah dalam metrik dan Imperial dan bacaan terkecil boleh dibaca ialah 1 mm.

Kekesut (Slinder)
Bahagian dimana bacaan diperolehi setelah penyelarasan dibuat.

Kekesut bauh
Membolehkan fine adjusting screw melaras pada bacaan tertentu.

Tapak (Base)
Dibuat dari besi tuang (cast iron) sebagai peyokong. Tapak yang mempunyai berat adalah berfungsi mendapatkan kedudukan yang stabil kepada etinggian beam .

Penaggarit (Scriber)
Diperbuat daripada ‘stainless steel’ (keluli tahan karat) dan hujungnya disalut dengan
‘carbide’ untuk mendapat garisan yang halus dan juga supaya haus

Skala Vernier (Vernier Scale)
Membolehkan nilai bacaan ditentukan.

Nat Pelaras halus (Fine Adjusting Nut)
Untuk mendapatkan ukuran yang tepat sehingga bacaan 0.02 mm jika bacaan  ‘slider’ perlu dilaraskan dengan pergerakan yang  sedikit (perlahan).

Nat Pengunci Gelangsar (Silider Locking Nut)
Untuk mengunci kedudukan ‘slider’ pada kedudukan bacaan yang dikehendaki sebelum garisan dibuat.

Skru Pelaras siar (Zero Setting Screw)
bacaan dilaraskan dahulu kepada ‘0’          dengan menggunakan ‘zero setting screw’ sebelum kerja-kerja penandaan dibuat.

PEMBARIS KELULI
Pembaris keluli diperbuat daripada keluli kalis karat atau keluli alat. Skalanya ialah dalam unit inci dan metrik. Pembaris keluli metrik boleh didapati dalam berbagai-bagai ukuran panjang, iaitu daripada 6 milimeter hingga 1 meter, bagaimana jenis yang lazim digunakan berukuran 150 mm hingga 300 mm.Pembaris keluli metrik disenggatkan kepada setengah dan satu milimeter, sementara pembaris keluli inci dibuat senggatan dalam pecahan dan perpuluhan.


Kegunaan Pembaris Keluli

1) Mengukur jarak lelurus
    Ini boleh dilakukan dengan mengukur terus benda kerja seperti yang ditunjukkan
    dalam Rajah dan juga dengan menggunakan angkup luar atau angkup dalam 
2) Menguji keratan permukaan bendakerja
    Pembaris keluli mempunyai tepi yang rata, oleh itu ia boleh digunakan untuk menguji
    kerataan permukaan benda kerja.
3) Membuat garisan lurus
    Pembaris keluli digunakan bersama-sama dengan penggarit untuk membuat garisan
    lurus.

Jangka Sudut Vernier
Kegunaan Jangka Sudut Vernier:
1.  Untuk mengukur sudut dengan tepat. Ketepatan boleh dibaca sehingga kepada 5’
     atau 1/12 darjah.
2.  Untuk kerja-kerja menanda atau menguji sesuatu sudut.

Bahagian-Bahagian Jangka Sudut Vernier


1. Bilah
Bilah mempunyai berbagai-bagai ukuran, biasanya 150 mm atau 300 mm. Ia dimasukkan kedalam dial, boleh dikilas, dilaraskan dan dikunci pada sebarang kedudukan sudut.

2. Dial
Dial terdiri daripada dua skala, iaitu:
(a)  Skala utama - Skala ini disenggatkan kepada 360º iaitu dari 0º ~ 90º , 90º ~ 0º,
       0º ~ 90º , 90º ~ 0º. Ia dinomborkan setiap 10º.
(b)  Skala vernier - Skala ini disenggatkan kepada 12 bahagian, tiap-tiap satu bahagian
       Mewakili 5 ‘ atau ½º dan dinomborkan setiap 3 senggatan iaitu 15’, 30’, 45’ dan 60’.
       Kedua-dua skala utama dan skala vernier ini dibuat dua arah dari angka sifar (0).

No comments:

Post a Comment