Thursday, 28 April 2016

pengenalan mesin gerudi

Fungsi Mesin GerudiFungsi utama mesin gerudi ialah untuk menggerudi lubang. Disamping itu ia juga digunakan untuk kerja-kerja seperti melulas, melubang benam, melubang senggat, membenang dalam dan meratakan permukaan bintik.
Terdapat berbagai-bagai jenis mesin gerudi seperti:
a)    Mesin gerudi tekan atau mesin gerudi sensitive
b)    Mesin gerudi tiang
c)     Mesin gerudi jejarian
d)    Mesin gerudi mudah alih
e)    Mesin gerudi kerja khas



a)   Mesin Gerudi Tekan (Jenis Meja dan Lantai)
Mesin ini dinamakan juga mesin gerudi sensitif kerana hantarannya dibuat dengan tangan, jadi kawalan hantaran yang betul ditentukan dengan merasa gerakan pemotongan yang dibuat oleh mata gerudi. Mesin ini terdiri daripada dua jenis iaitu jenis meja dan jenis lantai. Jenis meja mempunyai turus yang pendek dan dipasang diatas meja, sementara jenis lantai mempunyai turus yang panjang dan dipasang terus diatas lantai. Ia mempunyai tapak yang besar dan berat supaya stabil kedudukkannya. Mesin gerudi ini sesuai untuk kerja-kerja am dan ia boleh memegang gerudi yang mempunyai saiz sehingga 13 mm sahaja.

a)   Mesin Gerudi Tiang
Mesin ini boleh memegang gerudi yang lebih besar saiznya jika dibandingkan dengan gerudi yang dipegang oleh mesin gerudi sensitif. Ia boleh digunakan untuk kerja-kerja berat. Tapaknya besar dan kedudukkannya setabil. Bentuk mesin ini hampir sama dengan mesin gerudi sensitif kecuali terdapat pesawat-pesawat pemboleh ubah serta hantaran berkuasa automatik dan pada kebanyakkan mesin gerudi tiang, kawalan kelajuan spindal tidak lagi menggunakan takal dan tali sawat sebaliknya menggunakan gear.


a)   Mesin Gerudi Jejarian
Mesin gerudi jejarian sesuai digunakan untuk menggerudi lubang pada komponen-komponen yang besar, kerana ia mempunyai beberapa kemudahan seperti spindalnya boleh bergerak keluar atau kedalam diatas lenggan jejarian dan lenggan ini dipasang diatas turus tegak mesin ini. Gerakan berpandu ini membolehkan spindal gerudi ditempatkan pada sebarang arah lokasi diatas permukaan bendakerja. Dengan itu kerja tidak perlu diset atau dilaras berulang kali. Terdapat juga mesin gerudi jejarian yang dipasang dengan kepala universal yang bolih dikilas kepada sebarang sudut. Ini membolehkan lubang yang terletak pada permukaan bersudut digerudi tampa mengubah pengesetannya.
Keistimewaan lain mesin ini ialah :
i.              Boleh menggerudi lubang yang lebih besar
ii.             Mejanya besar dan turusnya lebih tinggi
iii.            Pemilihan kelajuannya lebih luas
iv.           Tegap dan tidak bergegar


a)   Mesin Gerudi Mudah Alih
Mesin ini dinamakan demikian kerana ia mudah dibawa kemana sahaja. Gunanya ialah untuk menggerudi lubang yang kecil dan dikendalikan dengan kuasa letrik. Terdapat dua jenis mesin gerudi mudah alih iaitu :

i.Jenis Pistol
Jenis ini adalah ringan dan boleh dipegang dengan sebelah tangan sahaja. Ia
sesuai digunakan untuk kerja-kerja ringan.

         ii.Jenis Kerja Berat
Jenis ini adalah lebih berat dan terpaksa dipegang dengan kedua-dua belah tangan. Ia digunakan untuk kerja-kerja berat. Terdapat juga jenis gerudi yang dijalankan olih kuasa angin yang dinamakan mesin gerudi tangan pneumatik.

                     Jenis Pistol                        Jenis Kerja Berat


e.  Mesin Gerudi Khas
Mesin gerudi khas digunakan dalam kerja-kerja pengeluaran khusus untuk berbagai-
bagai kegunaan, bergantung pada jenis mesin gerudi khas itu.Jenis-jenis mesin 
gerudi khas ialah :

          a) Mesin gerudi berbilang spindal
          b) Mesin gerudi regu
          c) Mesin gerudi turret
          d) Mesin gerudi kawalan angka berkomputer



4 comments:

  1. Cara cara menjalankan preventive maintenance

    ReplyDelete
  2. Pls help me I want to do exam. I want to do esei

    ReplyDelete
  3. Online gambling in Maryland: Casinos, sportsbooks - Dr. Maryland
    A licensed gambling operator has been 영주 출장안마 approved to operate in 익산 출장안마 Maryland, 군포 출장샵 the 의왕 출장마사지 first state in which it is legally permitted to operate online. 속초 출장샵

    ReplyDelete