Monday 2 May 2016

Pengenalan Pahat

KIKIR
Sejenis alat pemotong yang selalu digunakan dalam kerja-kerja kejuruteraan terutamanya dalam operasi menggegas. Ia boleh merata serta melincinkan permukaan, membesarkan lubang, membentuk sudut dan pelbagai jenis bentuk bendakerja.
Kikir adalah sejenis alatan tangan yang diperbuat daripada keluli bermutu tinggi. Permukaan kikir dibuat dengan cara menghentakkan pahat yang dikenakan pada blank yang telah disepuh lindap terlebih dahulu. Selepas gigi kikir habis dipotong, batang kikir dikeraskan pada suhu 800 darjah celsius dan kemudiannya dilakukan penormalan dengan larutan khas. Kegunaan kikir ialah untuk memotong , menipiskan dan melincinkan permukaan sesuatu kompenan atau bendakerja. Proses memotong, menipiskan dan melincinkan ini dinamakan mengikir.

Jenis-Jenis Kikir
Untuk menghasilkan sesuatu kerja dengan tepat, cepat dan permukaan yang licin, pemilihan kikir mestilah dibuat dengan betul. Kikir-kikir berikut biasanya digunakan dalam bengkel-bengkel kejuruteraan:

a)   Kikir pipih tirus

Kikir pipih tirus digunakan dalam kerja-kerja am yang melibatkan berbagai-bagai jenis kerja yang berlainan. Gigi kikir ini dikelaskan kepada gred kasar, sederhana, halus, dan sangat halus. Pada satu permukaan kikir, giginya dipotong bersilang intan dan terdapat gigi lurus pada kedua-dua belah tepi. Dua pertiga panjangnya dari pangkal berbentuk selari dan satu pertiga panjangnya kehujung berbentuk tirus.

b)   Kikir pipih kasar
Kikir pipih kasar digunakan untuk kerja-kerja penyudahan rata. Salah satu daripada tepi kikir tersebut tidak ada gigi dan tepi ini disebut tepi selamat. Gred kikir pipih kasar terdiri daripada gred kasar hingga sangat halus.

c)   Kikir belah rotan
Kikir belah rotan atau dipanggil juga kikir separuh bulat digunakan untuk menyudahkan bahagian-bahagian yang telah siap. Gigi pada permukaan yang rata berbentuk wajik dan gigi pada permukaan yang melengkung berbentuk silang. Gigi kikir ini digredkan kepada kasar, halus dan sangat halus.

d)   Kikir bulat
Kikir bulat kadangkala disebut juga kikir ekor tikus. Gunanya ialah untuk membesarkan lubang yang berbentuk bulat dan lubang yang melengkung. Gred kikir ini terdiri daripada kasar hinggalah sangat halus. Giginya berbentuk lurus dan bersilang.

e)   Kikir segiempat sama
Kikir segiempat sama digunakan untuk membesarkan lubang yang berbentuk segiempat sama secara kasar. Kikir jenis ini juga bolih digunakan untuk mengikir lurah atau alur berbentuk segiempat sama dan juga berbagai-bagai bentuk sudut pada sesendal. Kikir ini digredkan kepada kasar hingga sangat halus.

f)   Kikir segitiga
Kikir segitiga digunakan untuk mengikir sudut-sudut dalam yang tajam. Ia juga digunakan untuk membersihkan penjuru yang bersudut. Giginya bersilang dan terdapat dalam gred kasar hingga sangat halus.

g)    Kikir pipih nipis
Kikir pipih nipis digunakan untuk mengikir celah-celah yang nipis seperti untuk memotong celah-celah pada kunci. Kikir ini tirus pada hujung tetapi tebalnya sama pada keseluruhan panjangnya. Kikir jenis ini cuma terdapat dengan panjang yang terhad iaitu 100 mm, 150 mm dan 200 mm. Giginya bersilang dan grednya dari kasar hingga sangat halus.

h)   Kikir bentuk pisau
Kikir bentuk pisau digunakan untuk menajamkan gigi-gigi yang terdapat pada gergaji dan alat-alat pemotong. Bentuknya sama seperti pisau dengan bersudut 15 darjah. Grednya pula daripada kasar hingga sangat halus.

Thursday 28 April 2016

Pengenalan Mesin Milling

PENGENALAN
Mesin pengisar berbeza daripada mesin-mesin lain dari segi pengunaan mata alat dan cara memegang benda kerja. Jenis mata alat yang digunakan (mata pengisar) ialah mata alat tunggal atau mata alat berbilang. Benda kerja pula dipegang oleh pelbagai jenis pemegang atau dipasak terus kepada meja mesin.  Benda kerja disusupkan dengan menghantar meja kepada mata alat yang sedang berputar. kedalaman pemotongan pula dibuat dengan menggunakan meja mesin.Mesin pengisar juga dilengkapi dengan pelbagai alat memegang benda kerja, pemegang mata alat, aksesori dan alatan tambahan. Keadaan ini membolehkan mesin pengisar Melakukan pelbagai bentuk kerja.

Antara kerja-kerja yang dapat dilakukan oleh mesin pengisar adalah :

i.       Mengisar permukaan rata. ini termasuklah permukaan mengufuk, tegak dan permukaan bersudut atau condong.
ii.           Memotong pelbagai jenis bahu dan alur kunci, lurah T dan tanggam bajang.
iii.         Megisar permukaan berbentuk atau tak berbentuk dengan menggunakan mata alat pengisar berbentuk.
iv.  Mengisar permukaan yang berjarak sama dengan menggunakan kepala pembahagi contohnya, lurah-lurah, gear, tap, bongkah segiempat sama dan lain-lain.
v.            Membuat kerja-kerja melubang.

Kerja-kerja tersebut bergantung kepada:
      i.      Jenis Mesin yang digunakan.
      ii.     Mata alat yang terdapat.
      iii.    Alat tambahan atau aksesori yang dibekalkan.

Jenis-jenis Mesin Kisar
i . Mesin kisar jenis Pengeluaran (Manufacturing).

Fungsi utama mesin adalah untuk menghasilkan komponen-komponen atau bahagian-bahagian yang banyak. Mesin bentuk ini mungkin berbentuk semi-auto atau otomatik sepenuhnya bagi memudahkan dan mempercepatkan lagi pengendalian kerja serta mempunyai ketepatan yang tinggi.Jig diikat kepada meja untuk memegang benda kerja bagi menghasilkan pelabagai jenis  pemotongan, ianya bergantung kepada jenis mata pemotong atau spindal tertentu digunakan dalam pemotongan tersebut.Tiga ciri penting mesin ini adalah kitar otomatik untuk operasi mengisar, pergerakan yang pantas ke posisi mengisar dan penghentian otomatik spindal bila operasi tamat. Terdapat dua jenis mesin pengeluaran:
                                 a)  Jenis portal                          b)  Jenis plano

ii. Mesin Kisar Khas dan CNC
    Mesin ini direka-bentuk untuk  melakukan kerja-kerja tertentu sahaja. Ia adalah
    sepenuhnya automatik dan digunakan dalam menghasilkan produk dalam kuantiti
    yang banyak dan mempunyak bentuk yang sama.:

a . Mesin penghoban gear.
Mesin ini memotong dengan menggunakan alat pemotong yang dinamakan hob. Hob digunakan untuk memotong alur pada bendakerja.Mesin jenis ini digunakan untuk memotong gear termasuk gear taji dan gear heliks.

b . Machining Center.

Mesin kisar jenis ini digunakan untuk operasi mengisar bendakerja yang lebih besar berbanding mesin kisar CNC jenis biasa. Terdapat dua jenis mesin ini iaitu jenis ufuk dan    tegak. 

c . Mesin penggerek jig (jig borer).
Mesin jenis ini digunakan khusus untuk melakukan operasi membuat lubang seperti mengerudi, menggerek, melulas dan counterbore pada kedudukan yang tepat dan jitu.

d. Mesin kisar CNC

Merupakan mesin kisar terbaru yang terdapat didalam pasaran. Mesin kisar jenis ini dilengkapi dengan komputer untuk mengawal segala pergerakan mesin. Ianya digunakan secara meluas di dalam industri pembuatan.
                     Mesin kisar CNC                      Mesin kisar CNC Machining Center

iii. Mesin Kisar Turus dan Berlutut.

Mesin kisar turus dan berlutut dibahagikan kepada tiga jenis iaitu:

a.    Mesin kisar ufuk.
b.    Mesin Kisar tegak.
c.    Mesin Kisar Turret.
  
1. Mesin kisar ufuk.


Terdapat dua jenis mesin kisar ufuk iaitu:
i.      mesin kisar ufuk biasa.
ii.     Mesin kisar ufuk Universal.

Kedua-dua mesin mempunyai bentuk yang serupa dan hanya berbeza dari segi mejanya  Sahaja. Meja mesin kisar Universal boleh dikilas 45° manakala meja mesin kisar jenis biasa berkedudukan tetap. Ini membolehkan operasi pengisaran lanjutan seperti memotong gear, lurah heliks dan sebagainya.

2. Mesin Kisar tegak.
Mesin kisar tegak mempunyai spindal yang berkedudukan tegak. Mesin jenis ini biasanya menggunakan jenis matalat pengisar hujung karbida yang dapat melakukan kerja dengan  pantas. 
Selain daripada itu, kerja membuat lubang dapat dilakukan dengan mudah dan lancar. Kelebihan mesin, ia dapat melakukan kerja melubang dengan lebih jitu terutama dalam menepatkan jarak pusat lubang.

3. Mesin Kisar Turret.
Mesin kisar jenis ini mempunyai bentuk yang serupa dengan mesin kisar tegak tetapi kepalanya boleh dikilas dan dijongketkan. Ini membolehkan operasi mengisar sudut danmembuat lubang condong dilakukan dengan mudah. Walaubagaimanapun mesin ini tidak dapat melakukan operasi yang besar dan berat seperti mesin kisar tegak.         
 
Bahagian-bahagian utama Mesin Kisar
           
a.    Mesin Kisar Tegak

a.    Mesin Kisar Ufuk

Peratutan keselamatan dan pencegahan kemalangan semasa menggunakan mesin kisar.

                  i.        Pastikan mata alat dan benda kerja diikat dengan ketat sebelum memulakan kerja.
                 ii.        Pakai pakaian yang sesuai untuk bekerja kerana semasa menggunakan mesin, tatal akan berterbangan dan cecair penyejuk memercik.
                iii.        Tanggalkan barang-barang kemas seperti jam tangan, cincin, rantai, gelang dan sebagainya.
               iv.        Pakai kasut keselamatan. Kasut jenis ini akan melindi\ungi kaki apabila sebarang komponen atau peralatan terjatuh keatas kaki.
                v.        Tukar pakaian kerja yang kotor atau basah kerana terkena cecair penyejuk. Gunakan krim kulit yang sesuai jika kulit gatal setelah terkena cecair penyejuk.
               vi.        Jangan gunakan udara mampat untuk membersihkan tatal. Gunakan berus kecil apabila mesin telah berhenti.
              vii.        Jangan keluarkan tatal ketika mesin sedang beroperasi.
             viii.        Gunakan pelindung mata yang baik supaya tatal tidak termasuk mata. Cuci pelindung mata selalu dengan sabun dan air supaya sentiasa bersih.
               ix.        Pakai topi untuk mengelakkan  rambut daripada tersangkut pada mata pemotong apabila kepala menghampiri bahagian mesin yang sedang beroperasi.
                x.        Pilih peralatan yang sesuai untuk setiap mesin. Selepas menggunakannya, simpan pada tempat yang dikhaskan untuknya.
               xi.        Sebelum menggunakan mata pemotong pastikan saiz dan jenisnya sesuai untuk sesuatu operasi yang tertentu. Pastikan juga tepi mata pemotong sentiasa tajam sebelum menggunakannya.
              xii.        Gunakan ppm dan kadar hantaran yang sesuai untuk setiap operasi supaya mata pemotong tidak cepat rosak dan haus.
             xiii.        Jauhkan diri atau tangan dari mata pemotong supaya tidak terkena bahagian tepi yang tajam ketika mengukur bendakerja.
             xiv.        Gunakan sarung tangan yang sesuai untuk memegang mata pemotong semasa membuka atau menanggalkannya. Mata pemotong yang terjatuh akan retak atau merosakkan permukaan bendakerja

Pengenalan mesin Pencanai (Grinding Machine)

page ini membolehkan anda mengetahui serba sedikit mesin grinding yang biasa digunakan didalam setiap bengkel mekanikal

Mesin Pencanai Meja Dan Kaki


Mesin pencanai meja sesuai dipasang di atas meja atau bangku. Ia lebih baik jika dibandingkan dengan mesin pencanai mudahalih kerana kedua-dua belah tangan pengguna bebas mengawal bendakerja yang dicanai. Biasanya ia dipasangkan dengan roda pencanai kasar dan halus di sebelahnya. Kegunaannya ialah untuk mencanai mata alat kecil, peralatan dan lain-lain.



Mesin Pencanai Meja




Mesin Pencanai kaki

Mesin Pencanai Mudahalih
Mesin pencanai mudahalih biasanya bersaiz kecil dan boleh di bawa ke mana-mana. Ianya dipegang dengan tangan di mana putaran roda pencanai dibantu oleh kuasa elektrik. Mesin ini sesuai digunakan di dalam bengkel kejuteraan atau tempat-tempat tertentu. Apabila bendakerja yang hendak dicanai sangat berat ataupun kita hendak mencanai di ruang yang sempit mesin pencanai mudahalih amat sesuai digunakan.


Mesin Pencanai Mudah Alih

Mesin Pencanai Permukaan (Surface Grinding)
Rajah menunjukkan sejenis mesin pencanai permukaan. Mesin jenis ini digunakan untuk mencanai permukaan yang rata seperti bongkah, kepingan logam, sudut dan lurah supaya dapat menghasilkan ukuran yang jitu dan permukaan yang licin. Bendakerja dipasang pada ragum magnet yang terletak diatas meja. Meja mesin ini boleh melakukan gerakan salingan automatik. Pergerakan meja ialah mengufuk, melintang dan gerakan ke atas dan ke bawah.

Mesin Pencanai Permukaan

Mesin Pencanai Mata Alat Pemotong (Tool & Cutter Grinding)

Mesin pencanai ini digunakan untuk mencanai mata pemotongan alat-alat seperti mata alat pemotong larik, kisar, gear, serta pelulas dan gerudi. Mata alat yang tumpul mudah ditajamkan semula dengan menggunakan mesin jenis ini. Ia juga terdapat berbagai jenis alatan tambahan supaya kerja-kerja yang sesuai dapat dijalankan. Mesin jenis ini amat berguna dibengkel kejuruteraan yang mempunyai banyak mesin pengisar kerana alat-alat pemotong yang tumpul boleh dicanai semula dengan mudah bagi menjimatkan kos operasi.    
Mesin Pencanai Mata Alat Pemotong

Mesin Pencanai Tanpa Tetengah (Centerless Grinding)

Mesin ini digunakan untuk mencanai benda kerja yang berbentuk silinder. Ianya terdiri dari grinding wheel, regulating wheel dan juga work rest blade yang mana berfungsi untuk memotong, memusing dan menahan bendakerja. Bendakerja akan diletakkan atara ketiga-tiga komponen tersebut menyebabkan bendakerja seolah-olah terapung menyebabkan bendakerja yang tidak sekata menjadi sekata setelah dicanai. Kelebihan mesin ini adalah setting bendakerja yang mudah, boleh dioperasikan oleh operator yang tidak berpengalaman, mampu menghasilkan banyak produk dalam masa yang singkat serta mampu mencanai bendakerja berdiameter kecil yang panjang. Selain itu terdapat juga operasi kekemasan terakhir seperti proses lelas (honing), proses tindih (Lapping), proses pengilapan (polishing)
Mesin Pencanai Tanpa Tetengah


pengenalan mesin gerudi

Fungsi Mesin GerudiFungsi utama mesin gerudi ialah untuk menggerudi lubang. Disamping itu ia juga digunakan untuk kerja-kerja seperti melulas, melubang benam, melubang senggat, membenang dalam dan meratakan permukaan bintik.
Terdapat berbagai-bagai jenis mesin gerudi seperti:
a)    Mesin gerudi tekan atau mesin gerudi sensitive
b)    Mesin gerudi tiang
c)     Mesin gerudi jejarian
d)    Mesin gerudi mudah alih
e)    Mesin gerudi kerja khas



a)   Mesin Gerudi Tekan (Jenis Meja dan Lantai)
Mesin ini dinamakan juga mesin gerudi sensitif kerana hantarannya dibuat dengan tangan, jadi kawalan hantaran yang betul ditentukan dengan merasa gerakan pemotongan yang dibuat oleh mata gerudi. Mesin ini terdiri daripada dua jenis iaitu jenis meja dan jenis lantai. Jenis meja mempunyai turus yang pendek dan dipasang diatas meja, sementara jenis lantai mempunyai turus yang panjang dan dipasang terus diatas lantai. Ia mempunyai tapak yang besar dan berat supaya stabil kedudukkannya. Mesin gerudi ini sesuai untuk kerja-kerja am dan ia boleh memegang gerudi yang mempunyai saiz sehingga 13 mm sahaja.

a)   Mesin Gerudi Tiang
Mesin ini boleh memegang gerudi yang lebih besar saiznya jika dibandingkan dengan gerudi yang dipegang oleh mesin gerudi sensitif. Ia boleh digunakan untuk kerja-kerja berat. Tapaknya besar dan kedudukkannya setabil. Bentuk mesin ini hampir sama dengan mesin gerudi sensitif kecuali terdapat pesawat-pesawat pemboleh ubah serta hantaran berkuasa automatik dan pada kebanyakkan mesin gerudi tiang, kawalan kelajuan spindal tidak lagi menggunakan takal dan tali sawat sebaliknya menggunakan gear.


a)   Mesin Gerudi Jejarian
Mesin gerudi jejarian sesuai digunakan untuk menggerudi lubang pada komponen-komponen yang besar, kerana ia mempunyai beberapa kemudahan seperti spindalnya boleh bergerak keluar atau kedalam diatas lenggan jejarian dan lenggan ini dipasang diatas turus tegak mesin ini. Gerakan berpandu ini membolehkan spindal gerudi ditempatkan pada sebarang arah lokasi diatas permukaan bendakerja. Dengan itu kerja tidak perlu diset atau dilaras berulang kali. Terdapat juga mesin gerudi jejarian yang dipasang dengan kepala universal yang bolih dikilas kepada sebarang sudut. Ini membolehkan lubang yang terletak pada permukaan bersudut digerudi tampa mengubah pengesetannya.
Keistimewaan lain mesin ini ialah :
i.              Boleh menggerudi lubang yang lebih besar
ii.             Mejanya besar dan turusnya lebih tinggi
iii.            Pemilihan kelajuannya lebih luas
iv.           Tegap dan tidak bergegar


a)   Mesin Gerudi Mudah Alih
Mesin ini dinamakan demikian kerana ia mudah dibawa kemana sahaja. Gunanya ialah untuk menggerudi lubang yang kecil dan dikendalikan dengan kuasa letrik. Terdapat dua jenis mesin gerudi mudah alih iaitu :

i.Jenis Pistol
Jenis ini adalah ringan dan boleh dipegang dengan sebelah tangan sahaja. Ia
sesuai digunakan untuk kerja-kerja ringan.

         ii.Jenis Kerja Berat
Jenis ini adalah lebih berat dan terpaksa dipegang dengan kedua-dua belah tangan. Ia digunakan untuk kerja-kerja berat. Terdapat juga jenis gerudi yang dijalankan olih kuasa angin yang dinamakan mesin gerudi tangan pneumatik.

                     Jenis Pistol                        Jenis Kerja Berat


e.  Mesin Gerudi Khas
Mesin gerudi khas digunakan dalam kerja-kerja pengeluaran khusus untuk berbagai-
bagai kegunaan, bergantung pada jenis mesin gerudi khas itu.Jenis-jenis mesin 
gerudi khas ialah :

          a) Mesin gerudi berbilang spindal
          b) Mesin gerudi regu
          c) Mesin gerudi turret
          d) Mesin gerudi kawalan angka berkomputer